alor 21st List

Monday, September 12, 2011

TERENGGANU

Pulau Redang

Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman lautKepulauan Redang, di negeri TerengganuMalaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaanPerang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah,Pulau Perhentian BesarPulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.
Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Trengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbangkecil di pulau ini.




Pulau Perhentian

Pulau Perhentian mula didiami pada penghujung abad ke 18, dipercayai oleh Batin Mina dan keluarganya. Ia terletak sekitar 10 batu nautikal (19 km) dari pantai dalam negeri Terengganu, sekitar 64 km dari sempadan Thailand.
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti SingapuraJawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.
Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.




Pulau Kapas

Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti MarangTerengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih.
Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia. Keistimewaan pulau ini ialah :

  • Pulau Kapas masih mengekalkan keindahan samudera dengan hidupan laut yang cantik dan asyik.
  • Terdapat beberapa bot karam yang telah tenggelam, sesuai untuk penggemar selam skuba.
  • Pulau Gimia yang terletak berhampiran Pulau Kapas menyediakan panorama yang unik.

Penginapan :
  • Tanco Resorts Bhd
  • Beautisland Resort Sdn Bhd
  • Makcik Gemuk Beach Resort
  • Nazri Place







Rantau Abang


Rantau Abang terkenal sebagi destinasi pelancongan di Terengganu kerana menjadi tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Pantai Rantau Abang merupakan salah satu destinasi untuk penyu Belimbing bertelur selain daripada 3 kawasan persisiran pantai Amerika Selatan, "Las Baulas".
Terletak di 22 km utara dari Kuala Dungun dan 80 km dari Kuala Terengganu, Rantau Abang menjadi topik perbincangan dalam aspek pelancongan. Kadangkala apabila penyu belimbing datang dan bertelur di antara bulan Mei sehinggi bulan ogos. Ia mempunyai kedudukan pinggir pantai yang baik cukup kerana adanya lerengan yang curam dan mendalam untuk penyu mendarat di pantai tersebut.
Rantau Abang telah menemui zaman kegemilangannya. Walaupun, oleh sebab terlalu ramai pengunjung yang mendatang tempat ini, pendaratan penyu ke tanah ini telah berkurang. Yang paling penting adalah, semakin banyak penyu sedang mati dalam beberapa tahun apabila ramai orang yang ingin memakan telurnya.
Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini dikatakan jarang sekali kelihatan penyu mendarat di Rantau Abang. Sebab utama ialah kerana banyak telur penyu dicuri dan dijual untuk dimakan.




Gunung Tebu

Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Terengganu. Gunung Tebu mempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki).
Gunung Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Ia terletak di Setiu dan Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.
Tempat menarik sepanjang mendaki ke puncak gunung tebu,di antaranya adalah batu mata hasan,jendela,batu mahkamah,batu pelana kuda,batu madarasah.
Gunung Tebu sering menjadi matlamat pendaki tempatan yang kerap mengadakan kembara berkumpulan, malah ada beberapa agensi pelancongan menawarkan pakej ekspedisi menawan puncak Gunung Tebu. Mendaki gunung Tebu ini memakan masa antara dua atau tiga hari.
Mereka yang ingin mendaki gunung Tebu akan menjalani pemeriksaan rutin dan diberikan taklimat pegawai Jabatan Perhutanan, sebelum memasuki hutan. Setiap peserta perlu memiliki pas yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan dengan bayaran RM5.



 Air Terjun Sekayu

Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali juga dengan Air Terjun Sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan Hulu Terengganu Tambahan. Ia berada di dalam daerah Hulu Terengganu,Terengganu, 16 kilometer dari pekan Kuala Berang dan 56 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Kawasan ini boleh dicapai melalui persimpangan Ajil Lebuh Raya Pantai Timur.
Hutan lipur tersebut mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesies tumbuhan dan pokok terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Di sini juga terdapat infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan pihak berkuasa seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah dan denai dalam hutan (untuk rentas hutan).
Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempesonakan yang merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam atau luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk membuatkan sesiapa sahaja tertarik apabila datang berkunjung ke sini.



Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan ManKuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Projek pembinaan TTI melibatkan 34 kontraktor tempatan sementara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bertanggungjawab memantau projek tersebut.[1] Bahan asas pembinaan TTI secara keseluruhannya menggunakan bahan buatan tempatan. Kira-kira 65% pembinaan menggunakan kepakaran tukang tempatan manakala selebihnya menggunakan khidmat profesional pakar pertukangan daripada luar negara.
Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.

Terdapat 6 fasa pembinaan TTI iaitu:
FasaPembinaan
1Masjid Kristal
Perumahan khas imam dan bilal
2Monumen masjid
Mercu tanda Islam
3Pusat konvensyen
4Lagun
Taman terbuka wakaf, trek joging dan astaka
Kawasan memancing
5Kompleks masuk TTI
Perani
Teropong
Pusat komersil
6Pelet dan jalan masuk

Kesemua 22 replika masjid termasuk monumen dan tugu dibina pada nisbah skala 1:4 hingga 1:22 berbanding saiz asal.
██ Dibina mini studio dan menyediakan lebih kurang 60 tempat duduk
Replika masjid, monumen dan tugu↓Negara↓
Masjid Abu Nasr ParsaAfghanistan
Masjid an-NabawiArab Saudi
Masjidil HaramArab Saudi
Masjid Sultan Omar Ali SaifudinBrunei
Masjid XianChina
Taj MahalIndia
Masjid Kudus Al-MinarIndonesia
Masjid Sheikh LutfallahIran
Masjid Besar SamarraIraq
Masjid NegaraMalaysia
Masjid Mohammad AliMesir
Masjid Besar AgadezNigeria
Masjid BadshahiPakistan
Kubah As SakhrahPalestin
Masjid Kul ShariffRusia
Masjid Al-HambraSepanyol
Masjid Aleppo CitadelSyria
Masjid PattaniThailand
Masjid QairawanTunisia
Masjid SuleymanTurki
Menara KalyanUzbekistan
Masjid SultanSingapore
Projek Fasa 2 sedang dijalankan antaranya:
1)Pembinaan Kincir Air dimana inovasi Islam pada zaman dahulu yang ingin diketengahkan semula. Pembinaan kincir air ini banyak merujuk kepada Kincir Air Umat Islam lampau di Syria yang menggunakan Teori Al-Jazari. Kincir air ini juga digunakan untuk sistem pengaliran ke tasik di TTI.
2)Monumen Masjidil Haram, teater yang sedia ada akan dinaiktaraf kepada 3D yang dikenali sebagai Virtual Hajj. Pengunjung berpeluang merasai pengalaman virtual haji/ jemaah haji secara lebih teliti.






Tasik Kenyir


Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai KenyirTerengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.
Pada 28 Jun 2008, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim mendapat maklumat bahawa tasik ini mempunyai ikan Naga merah/Arapaima Gigas yang beratnya 30 dan 50 kilogram. Ikan yang berasal dari Amerika Selatan mungkin dilepaskan di tasik buatan manusia ini.
Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.




Jerteh
Jerteh merupakan sebuah bandar di daerah BesutTerengganuMalaysia. Ia terletak berhampiran dengan sempadan negeri KelantanIa menjadi tumpuan penduduk pada hari Sabtu kerana terdapat pasar tani di bandar tersebut. Bandar ini juga telah menjadi destinasi persinggahan pelancong yang ingin mengunjungi Lata Tembakahiaitu lebih kurang 21 kilometer menuju ke Hulu Besut dan Air Panas La (La Hot Spring) yang terletak di Kampong La.

Lata tembakah yang merupakan salah satu destinasi pelancongan selain Air Terjun Sekayu yang terletak di Kuala BerangHulu Terengganu. Dalam Daerah Besut khususnya Hulu Besut itulah terdapat 2 tempat yang kini ramai dikunjungi para pelancong dari dalam negara dan Singapura.






No comments:

Post a Comment