alor 21st List

Monday, September 12, 2011

SARAWAK

Bandaraya Kuching

Di dalam bandar, terdapat beberapa muzium seperti Muzium Sarawak yang amat dikenali, Muzium Cina, Muzium Kucing, dan lain-lain yang patut dikunjungi semasa melawat Kuching. Mercu tanda dan tapak menarik termasuk Astana (bekas istana Raja), Kubu Margherita, kuil Tua Pek Kong, dan Bazar Besar. Kawasan dermaga Kuching, yang sebenarnya merupai sebuah esplanad tepi sungai, terletak di sebelah kanan hotel-hotel utama serta kawasan tengah komersil bandar raya dan membekalkan kawasan untuk bersiar-siar pada waktu petang. Kedai-kedai lama di sebelah sana kawasan dermaga menjual berbagai-bagai barang 'antik' dan kraftangan.
Sebilangan kawasan menarik yang lain yang terletak berhampiran dengan pusat bandar termasuk Jalan Padungan yang merupakan kawasan Pekan Cina utama di bandar raya ini. Kedai-kedai yang kelihatan tidak pernah berubah sejak 20 tahun dahulu memberikan wawasan yang mempesonakan tentang kehidupan pada masa dahulu. Jalan Carpenter dan Jalan India masih mengekalkan daya tarikan dunia lama, walaupun proses globalisasi tidak henti-henti mencerobohinya. Bangunan Mahkamah lama merupakan penghubung antara Jalan Carpenter dan Jalan India, dan berbaloi untuk dikunjungi bagi mengenang kembali keindahan kolonial yang menjadi pudar (kini dipulihkan dan dimodenkan). Taman-taman di sekeliling bandar raya yang dijaga dengan baik juga merupakan tempat-tempat yang baik untuk dikunjungi.Sebuah konsep 'Garden City' juga telah dicadangkan untuk bandar Kuching.



Taman Negara Mulu

Taman Negara Gunung Mulu diperakui sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO mempunyai lubang gua terbesar di dunia, iaitu Lubang Nasib Bagus (Sarawak Chamber). Gua Niah di Taman Negara Niah ialah sebuah tapak arkeologi dan sejarah yang penting kerana di sinilah dijumpai salah satu tulang rangka manusia tertua di Asia Tenggara. Taman Negara Bukit Lambir mengandungi beraneka spesis flora dan fauna dan menduduki tempat ke-12 di kalangan tapak yang paling banyak biodiversitinya di dunia. Di Taman Negara Loagan Bunut pula terletaknya tasik semulajadi terbesar di Sarawak serta juga beraneka spesis burung. Selain itu, terdapat juga Taman Negara Marin Miri-Sibuti yang baru diwartakan dan mempunyai salah satu terumbu karang yang tercantik di rantau serta kepelbagaian hidupan lautan.













Taman Negara Bako 

Terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara, ia mempunyai hampir kesemua spesis tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo.
Monyet Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, tetapi lain kata, jika adanya Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda serta yang bernasib boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di negeri ini.
Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam.
Untuk keselesaan pengunjung, Terminal Taman Negara Bako dibuka dengan rasminya pada 3 September 2007 sebagai tempat mendaftar, menginsuranskan, memberikan taklimat keselamatan dan menyediakan pelbagai peralatan keselamatan kepada pengunjung.
Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembap dipengaruhi oleh monsun. 
Terminal bernilai RM1.38 juta itu mula dibina 2005 dan mempunyai ruang menyambut tetamu, kedai cenderamata, kafeteria, ruang menunggu, tempat letak kenderaan dan tandas awam.





Gua Angin


Gua Angin ialah sebuah gua semula jadi yang terletak kira-kira 5 km di barat daya pekan Bau, di Bahagian Kuching, Sarawak, bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Pekan Bau terletak kira-kira 45 minit memandu dari bandar raya Kuching, dalam perjalanan ke arah pekan Serikin di sempadan Sarawak-Indonesia.
Selain Gua Angin, terdapat beberapa lagi gua lain di daerah Bau ini seperti Gua Bunian atau Gua Pari-Pari. Dahulunya, gua-gua ini dihuni oleh manusia pada zaman dahulu kala dan sumber aliran air boleh ditemui di dalam gua ini. Kini gua-gua ini didiami ribuan kelawar dan burung layang-layang.
Menurut sejarah, Gua Angin mendapat nama tersebut kerana terowong di dalam gua tersebut menjadi laluan angin sepoi sepoi bahasa yang keluar masuk dari satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.
Terdapat beberapa pintu masuk utama di Gua Angin, walau bagaimanapun salah satu laluan di sebelah selatan gua, iaitu bersebelahan dengan Sungai Sarawak ditutup buat masa ini kerana batu penyokong jambatan kayu yang merentasi gua telah runtuh dan merosakkan struktur jambatan tersebut.
Bentuk stalagmit, stalagtit dan formasi batu kapur yang lain di dalam Gua Angin dikatakan terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu. Bentuknya bermacam, malah ada yang menyerupai seperti kepala buaya dan juga rangka buaya!
Di luar Gua Angin, terdapat juga pondok Baruk bagi tempat pelancong berehat. Pelancong juga boleh mandi di Sungai Sarawak yang berhampiran gua. Airnya agak deras tetapi cetek dan selamat untuk mandi. Terdapat kemudahan bilik bersalin untuk mereka yang mandi di Sungai Sarawak, tandas, dan gerai makanan dan minuman berhampiran situ.




Sarawak River Cruise
Jika anda berkunjung ke Kuching, Sarawak, antara tarikan menarik di sekitar bandaraya tersebut adalah Sarawak River Cruise, di mana anda boleh menaiki bot yang menyusuri sepanjang Sungai Sarawak sambil menikmati pemandangan menarik di sekitarnya. Ada beberapa syarikat yang boleh dipilih oleh anda, dan bergantung kepada syarikat, saiz bot dan harga yang ditawarkan adalah berbeza.
Sebagai contoh, syarikat Harbour Cruise menawarkan pakej perjalanan menyusuri sungai selama satu jam, pada harga antara RM40 hingga RM45 seorang. Harga ini termasuk dengan makanan ringan yang akan disediakan sepanjang perjalanan, serta persembahan tarian yang akan dipertunjukkan oleh sekumpulan penari tempatan.
Jeti bot yang mengambil penumpang berpusat di Kuching Waterfront, iaitu sebuah kawasan yang menjadi tumpuan ramai pelancong tempatan dan luar negara. Kedudukannya yang strategik juga membolehkan mereka yang menginap di hotel hotel utama seperti Holiday Inn, Crown Plaza Riverside (CPR), Hilton dan Harbour View berkunjung ke Waterfront pada bila bila masa sahaja kerana jaraknya yang begitu dekat.
Melalui jeti di sini juga, mereka yang ingin menyeberangi sungai untuk pergi ke tempat tempat tertentu seperti restoran atau kedai kek lapis Sarawak Dayang Salhah boleh menaiki perahu tambang pada harga yang cukup murah, iaitu antara 30 sen dan 50 sen sahaja.
Harbour Cruise menawarkan beberapa trip perjalanan dalam masa sehari, namun yang seringkali mendapat sambutan adalah trip yang diadakan pada sebelah petang (5.45 petang, dan tiket boleh dibayar sewaktu menaiki bot) di mana penumpang bot akan dapat menikmati pemandangan di pinggir sungai serta dalam masa yang sama boleh juga merasai pengalaman melihat matahari tenggelam jauh di horizon.

Antara pemandangan yang boleh dilihat sewaktu bot dikemudi adalah Brooke’s Dockyard, bekas masjid negeri, Astana (tempat gabenor Sarawak bertugas), Fort (Kubu) Margherita, Waterfront, gunung Santubong, Kampung Boyan dan lain lain termasuk kediaman salah seorang ahli keluarga terdekat Ketua Menteri, YAB Pehin Sri Haji Taib Mahmud yang tersergam indah seperti istana.

No comments:

Post a Comment