alor 21st List

Monday, September 12, 2011

JOHOR

Gunung Ledang
Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Nama `Ophir' itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Ibrani. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). Satu sumber lain mengatakan bahawa Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh'.

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim,Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakangunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan SumateraIndonesia dengan jelas.
Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.




Taman Orkid Johor Bahru

Terletak di dalam kawasan Hutan Bandar ini telah dibuka kepada orang ramai pada pertengahan tahun 2003. Bertemakan "Pameran Ekologi Orkid", taman ini mempunyai kawasan seluas lebih kurang 10 ekar, mempunyai bangunan yang menggabungkan rekabentuk seni bina lestari yang berkonsepkan "mesra alam" dan "terbuka".










Taman Rekreasi Tasik Pandan
Laman Rekreasi ini terletak di Jalan Harmon, Taman Desa Harmon, daerah Johor Bahru berhampiran dengan Ponderosa Golf & Country Club. Laman Rekreasi ini merangkumi kawasan seluas 6.6 hektar (16.3 ekar) dan dilengkapi dengan sebuah tasik seluas 10 ekar yang terletak di tengah laman ini.









Jewel House
"Jewel House" adalah sebuah bangunan satu tingkat menyerupai sebuah banglo besar yang telah direkabentuk dengan mengamil kira iklim tropika di Malaysia. di dalam bangunan kaca dan kayu yang terletak di Taman Orkid seluas 10 ekar ini terdapat galeri utama dan pusat informasi.
Ruang koridor yang luas dan selesa ini adalah elemen rekabentuk utama dan merupakan kawasan pameran dengan beratus-ratus pokok-pokok orkid termasuk yang memerlukan persekitaran redup atau panas. Semua orkid dipamerkan dengan teliti supaya terserlah kecantikan dan keunikan masing-masing. Beberapa orkid yang telah diberi nama-nama kehormat seperti Renantanda Abdul Ghani Othman. Ascocenda Zanariah dan lain-lain juga dipamerkan.
Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan alam orkid. "Jewel House" menyediakan bilik audio-visual dan pusat informasi untuk mempelajari dan mendalami ilmu berkaitan orkid. Selain daripada itu, Jewel House juga berfungsi sebagai pejabat pengurusan dan pemasaran orkid dan Persatuan Orkid Malaysia.














Legaran Tan Heok Nee
Seiring dengan misi untuk menjadikan Johor Bahru sebagai sebuah "Bandar Dalam Taman" menjelang tahun 2005. Legaran Tan Hiok Nee telah direka dengan berkonsepkan "Pedestrian Mall" yang mesra pengguna. Konsep ini adalah untuk mengimbas semula nama Tan Hiok Nee sebagai seorang saudagar kain di Singapura sebelum menjadi seorang saudagar lada hitam & cengkih yang berjaya di Johor Bahru.
Selain itu, pembangunan Legaran Tan Hiok Nee adalah untuk mewujudkan satu jalinan pejalan kaki yang selesa, bersih dan teratur yang menghubungkan kawasan perniagaan di Jalan Wong Ah Fook sehingga ke Jalan Dato' Onn di hadapan Bangunan MBJB dan Pejabat Pos. Selain itu , pembangunan ini adalah untuk merancakkan semula aktiviti-aktiviti perniagaan seterusnya menjadi pusat tumpuan kepada para pengunjung.













Danga Bay
Semarak dengan aktiviti bertenaga dan penuh dengan kemeriahan yang tidak tertanding, Danga Bay menawarkan pengalaman unik yang mengesankan.
Dengan kawasan seluas 1800 ekar dan persisiran pantai sepanjang 25 km. Danga Bay adalah sebuah pembangunan bersepadu persisiran pantai yang menggabungkan pusat kewangan, komersial, hiburan, pelesiran dan pusat kegiatan mesra keluarga yang unggul di Johor. Ia adalah sebuah Bandar dalam Bandar dengan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia.
Terletak hanya 5km dari Bandar Johor Bahru, Danga Bay telah menarik ramai warga tempatan dari seluruh Malaysia.











 Segamat

  • Dataran Segamat - Dataran Segamat telah dibina pada tahun 1996 sebagai tempat utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeriJohor. Sebelum diubahsuai dan diberi nama sebagai Dataran Segamat, tempat ini dahulunya dikenali sebagai Padang Besar Segamat. Pada tahun 2005, Segamat sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri. Pengubahsuaian dilakukan, tidak hanya menara jam malah replika durian juga di letakkan bersebelahan sebagai tarikan dan mercu tanda utama bandar Segamat.
  • Taman Bunga Batu Hampar (Rock Garden) – Taman Bunga Batu Hampar adalah satu-satunya taman rekreasi di tengah bandar Segamat. Di sini juga menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat dan Istana Hinggap khas untuk kerabat diraja Johor.





Muar

Deretan bangunan yang dibina sebelum Perang Dunia II masih mewarnai senibina bandar ini. Bangunan tersebut menempatkan kedai-kedai di sepanjang Jalan Abdullah yang juga dikenali sebagai pusat dagangan Muar. Bangunan warisan yang ulung antara lain adalah Bangunan Sultan Abu Bakar (disiapkan pada 1929) yang menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran Daerah Muar dan Bangunan Kastam (disiapkan pada 1909). Umur bangunan-bangunan lama tersebut mudah untuk dikenalpasti kerana tarikh ianya disiapkan (di sekitar tahun 1930an hingga 1950an) tertera di bahagian luar bangunan. Bangunan ini adalah warisan yang amat berharga yang menggambarkan kemakmuran Muar di masa lampau dan menghargai keunikannya akan membuatkan mereka-mereka yang pernah dibesarkan di Muar terkenang kembali kenangan di zaman silam.

Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar.
Tarikan lain di Muar ialah Taman Tanjung Emas, taman rekreasi bagi bandar ini, yang terletak di muara Sungai Muar. Tebing sungai di taman ini dihiasi dengan laluan siar kaki yang menyajikan pemandangan menarik Sungai Muar. Taman ini yang dikunjungi ramai sewaktu hujung minggu juga menempatkan padang golf 9-lubang. Terdapat perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar selama 45 minit hingga satu jam yang bertolak dari taman ini untuk memberikan peluang kepada pelancong menikmati pandangan bandar Muar dari sungai.
Mercu tanda terbaru bandar ini ialah Masjid Sultan Ismail ( masjid Jamek Kedua ), terletak di tebing utara Sungai Muar. Ia adalah masjid terbesar di Muar dan rekabentuknya adalah replika kepada masjid Sultan Ibrahim ( masjid Jamek Pertama ) yang terletak di Jalan Petri di tebing selatan. Disiapkan pada 2002, ia menyajikan pemandangan indah bila dilihat daripada bandar Muar, seolah-olah ia terapung di atas sungai.




Pulau Tinggi 

Pulau Tinggi ialah sebuah pulau peranginan berbentuk bujur yang terletak kira-kira 20 batu nautika (37 kilometer) dari selatan tenggara Mersing di pantai timur JohorMalaysia. Pulau Tinggi terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau BesarPulau Rawa dan Pulau Sibu. Pada zaman dahulu, pulau ini digelar sebagai Pulau Topi Jeneral ("General's Hat Island") oleh kelasi Cina.
Pulau Tinggi mempunyai 448 penduduk pada tahun 2001 dan merupakan jumlah penduduk yang terbesar di kalangan pulau-pulau timur negeri Johor. Penduduknya menetap di Kampung Tanjung Balang, Kampung Pasir Panjang, and Kampung Sebirah Besar.
Pulau Tinggi mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.
Perjalanan ke Pulau Tinggi dari Mersing memakan masa 45 minit. Pedalaman pulau diselaputi oleh hutan pamah dipterokarpa. Titik tertinggi pulau ini ialah 2,000 kaki (600 meter) dari aras laut. Pulau Tinggi kaya dengan buah-buahan, rotankayu balak serta gua-gua dan terumbu karang yang mengandungi banyak hidupan laut. Ia juga mempunyai sebuah pelabuhan perlindungan di garis lautnya yang panjang.
Sebagai pulau peranginan, Pulau Tinggi mempunyai banyak rumah penginapan dan chalet. Pantai terutama untuk peminat snorkel dan selam skuba ialah Tanjung Balang dan Sebirah Besar.




Kota Tinggi

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri JohorMalaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di laluan Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru. Dengan keluasan daerah Kota Tinggi kira-kira 3488.7 kilometer persegi, aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit, getah dan pertanian lain di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.
Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah felda. Terdapat juga petempatan orang asli di daerah ini.
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti dan Gunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru,Tanjung BalauBatu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi, satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.

Kota Tinggi juga dikenali sebagai sebuah bandar sejarah kerana Kesultanan Johor diasaskan di sini. Terdapat banyak makam sejarah di sini, termasukMakam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (makam sultan terakhir bagi Kesultanan Melaka) dan Makam Tauhid di Kampung Makam. Makam Laksamana Bentan pula terletak di Kampung Kelantan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid juga di Kampung Makam. Cerita sejarah ini pernah difilemkan pada tahun 1960-an dengan diberikan nama "Dang Anom". Barisan pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Allahyarham Nordin Ahmad sebagai Laksamana Bentan.
Bandar Kota Tinggi pada dirinya tidak begitu menarik, tetapi air terjun yang terletak di Lombong, 16 kilometer di barat laut bandar ini, merupakan destinasi pelancongan yang amat popular. Setinggi 36 meter, air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian 634 meter. Air sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam yang cetek dan yang ideal untuk berenang. Keindahan semulajadi di beberapa bahagian tempat ini telah dirosakkan oleh pembangunan tempat peranginan dengan seni taman buatan.
Terdapat juga banyak pantai di sepanjang pinggir laut Kota Tinggi. Pantai-pantai paling popular ialah Tanjung BalauDesaru , Batu Layar dan Tanjung Sedili yang masing-masing terletak 58 km, 55 km, 62 km dan 45 km dari bandar Kota Tinggi. Chalet-chalet dan hotel-hotel yang menawarkan kadar yang berpatutan boleh didapati dengan mudah di sepanjang pantai.
Teluk Sengat yang terletak 25 kilometer di timur bandar Kota Tinggi merupakan kampung makanan laut yang popular di kalangan pelancong, khususnya pelancong-pelancong dari negara Singapura. Untuk sampai ke Kota Tinggi orang ramai yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan boleh menggunakan susur keluar Tol Kulai. Kota Tinggi tidak mempunyai laluan keretapi tetapi pengunjung masih boleh menggunakan kemudahan ini melalui Stesen KTM Johor Bahru yang merupakan Stesen terdekat. Jaraknya hanya 42 kilometer sahaja dari bandar Kota Tinggi.


No comments:

Post a Comment