alor 21st List

Monday, September 12, 2011

SABAH

Pantai Tanjung Aru

Pantai Tanjung Aru, yang terletak kira-kira 6 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan kurang dari setengah kilometer dari terminal 2 Airasia. Ia turut dihubungkan ke rangkaian kereta api Sabah melalui stesen kereta api Tanjung Aru. Pantai ini merupakan tempat perkelahan yang popular di kalangan masyarakat tempatan serta pelancong. Pantai ini dibahagikan kepada tiga bahagian:
Pantai Pertama (Beach One): Dibangunkan oleh konsortium Sugarbun beberapa tahun yang lalu, bahagian ini lengkap dengan kemudahan seperti tandas, restoran, bengkel tatu dan gerai-gerai makanan. Anjung Perdana dan Taman Prince Philip juga terletak di sini.
Pantai Kedua (Beach Two):
Pantai ini mempunyai "inline skating rink" serta restoran yang sederhana dan agak sunyi berbanding dengan pantai pertama.
Pantai Ketiga (Beach Three):

Kawasan luar pantai di Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Pantai ketiga merupakan kawasan pantai yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan merupakan tempat melepaskan tekanan dengan cara berteriak sepenuh hati. Kawasan pantai di sini amat sunyi berbanding dengan kedua-dua pantai yang lain. Tambahan lagi, kawasan pantai yang bersih, indah dan romantis dengan melihat matahari terbenam. Selain itu, kawasan ini sesuai kepada pemancing-pemancing kerana pantainya yang agak dalam dan bergelora terutamanya pada kawasan berbatu di luar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kemudahan awam seperti tandas awam juga disediakan untuk persalinan.




Pulau Sipadan 
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur SabahMalaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.

Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracudapenyuikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.
Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.
Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.





Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu yang terletak di SabahMalaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara[2] di belakangHkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak JayaPuncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania".[3] Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinyasemangat mereka selepas meninggal dunia.





Pulau Salakan

Pulau Salakan terletak di luar pantai SempornaSandakan , SabahMalaysia. Pulau ini berhampiran dengan Pulau Bum-Bum dan Pulau Mabul.
Pulau ini terletak kira-kira 45 minit dari Jeti Seafest di pekan Semporna, Sabah. Kenderaan utama ke sini ialah bot laju.
Terdapat 33 buah rumah terapung yang dikenali sebagai Kampung Air Pulau Salakan. Penduduknya seramai 331 orang dari keturunan Bajau. Mereka bekerja sebagai nelayan pantai. Ketua kampungnya bernama Kapital Panta.
Prasarana di kampung ini daif sekali. Penduduk mendapat bekalan elektrik dari generator yang cukup untuk beberapa jam sahaja. Anak-anak bersekolah di sekolah rendah dengan 4 orang guru. Pelajar menengah akan bersekolah di pekan Semporna dan tinggal di asrama.
Bekalan air bersih tidak ada. Mereka mengharapkan hujan turun setiap hari dan ditadah dalam tong-tong air.
Kaum wanita terlibat dalam aktiviti menganyam tikar mengkuang, menternak dan mengeringkan rumpai laut serta membuat ikan kering. Kraftangan istimewa di sini ialah dapur tanah liat yang dipanggil lapohan. Lapohan biasa digunakan untuk membakar atau memanggang, menanak nasi dan membuat gulai. Harga runcit untuk lapohan ialah RM10-RM40. Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan melalui Kraftangan Sabah cuba mencari potensi kraftangan ini.




Hutan Simpan Sepilok

Hutan Simpan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari bandar Sandakan. Di sini terletaknya Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sabah.
Hutan simpan ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,294 hektar.
Di dalam hutan simpan ini terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba: iaitu lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu.
Sepilok dikelaskan sebagai simpanan hutan dara. Kegiatan memburu dan membalak tidak dibenarkan di kawasan ini. Sepilok telah dikhususkan untuk penyelidikan saintifik, latihan perhutanan, pemeliharaan serta pendidikan dan rekreasi awam.
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di selenggara oleh Jabatan Hidupan Liar Malaysia. Program pemulihan orang utan ini bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semula jadi mereka. Anak-anak orang utan yang dibawa ke Sepilok diberi peluang sekali lagi untuk hidup bebas di alam semula jadinya. Pelawat ke pusat itu berpeluang melihat beruk yang jarang ditemui ini di habitat asalnya. Binatang lain yang dilindungi adalah seperti KelawarKeraBeruangKucing Hutan dan juga Buaya yang dapat hidup bebas di pusat ini.



Sungai Kinabatangan

Sungai Kinabatangan sepanjang 560 km terletak berhampiran dengan daerah SandakanSabah. Sungai ini merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajang. Sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya Sabah ke Laut Sulu di timur.
Takungan air di sungai Kinabatangan merupakan takungan air tunggal terbesar di Sabah dan membanjiri sehingga kawasan luar dari daerahSandakan. Takungan air sungai Kinabatangan terletak 20 kilometer dari muara dan dapat mengelakkan kemasukan air masin ke sungai. Aktiviti pembalakan dan pertanian telah mengeruhkan air sungai Kinabatangan. Bagaimanapun loji pemproses air membersihkan air untuk minuman dan dipam ke Sandakan dengan menggunakan paip besi 900 mm.

Sanktuari Hidupan Liar di Hilir Kinabatangan menjadi tarikan pelancong asing untuk menyaksikan sendiri kehidupan orang utan di habitatnya. Orang utan hanya terdapat di Borneo dan Sumatera. Di sepanjang sungai ini terdapat beberapa chalet yang dikendalikan oleh Sukau Rainforest Lodge dan Kinabatangan Riverside Lodge. Pengunjung berpeluang melihat kera hantu, kongkang, ungka , beruk dan lain-lain. Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan ini dibuka pada tahun 1984. Pelancong juga boleh melihat rumah dan cara kehidupan penduduk di Kampung Sukau. Bot untuk merentasi Sungai Kinabatangan turut disediakan kepada mereka yang berani menempuh cabaran .




Pulau Layang-Layang

Pulau Layang-Layang merupakan sebahagian daripada Pulau Spratly. Kerajaan Malaysia telah memantau pulau ini dan menegaskan bahawa pulau ini adalah kepunyaan Malaysia kerana kedudukannya yang berada berhampiran dengan Sabah.
Pulau Layang-Layang terletak 165 batu nautika dari barat laut Kota Kinabalu (dalam lingkungan 200 km zon eksklusif) di Laut China Selatan. Ia juga dikenali sebagai Terumbu Layang-Layang, InggerisSwallow Reef, (Dusun Lubuk Layang-Layang) di Malaysia, Danwan Jiao di China, Celerio di Filipina dan Đá Hoa Lau di Vietnam. Kepulauan cecincin (oceanic atoll) Layang-Layang timbul hampir 2000 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 km dan selebar 200 meter, pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam (pelagic) yang menjadi daya tarikan kepada para penyelam. Pulau Layang-Layang juga menjadi tempat perlindungan kepada beribu-ribu ekor burung berpindah.
Sebuah agensi pelancongan telah dibenarkan dan dipertanggungjawabkan untuk memajukan pulau ini sebagai destinasi pelancongan.




Pulau Mabul 

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri SabahMalaysia. Pulau ini terkenal kerana dekat dengan pulau Sipadan.
Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marinkerana banyaknya makanan plankton . Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti 'scuba diving'.
Banyak sekali hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragauketamrumpai laut lain.




Sandakan

Oleh sebab Sandakan nyaris ranap ketika Perang Dunia II, cuma terdapat beberapa buah bangunan pelbagai usia yang masih ada. Antara tarikan yang masih ada termasuk:
  • Rumah Agnes Keith, juga dikenali sebagai Newlands - rumah dua tingkat milik pengarang tempatan Agnes Newton Keith dan suami Harry (Kurator Muzium Borneo Utara) dari tahun 1930 hingga 1952. Rumah ini musnah ketika Perang Dunia II dan dibina semula di tapak yang sama. Pn. Keith menulis beberapa buah buku tentang Sabah dan penduduknya, termasuk Land Below the Wind, Three Came Home, dan White Man Returns. Baru-baru ini rumah ini menikmati pemulihan setelah bertahun-tahun dibiarkan.
  • English Tea House [1] - terletak di tapak Muzium Agnes Keith, sebuah restoran di lereng bukit atas Sandakan yang menyajikan hidangan Inggeris dan Asia tradisional. Alamat: 2002 Jalan Istana - tel: 6089 222544
  • Taman Peringatan Sandakan - dibina di tapak khemah tawanan perang Taman Rimba.
  • Tanah Perkuburan Jepun - menempatkan tapak peringatan kepada korban perang Jepun di Borneo.
  • Gereja St Michael's and All Angels - gereja granit ini dibina pada tahun 1897 dan merupakan salah sebuah daripada bilangan kecil bangunan sebelum perang yang masih ada di Sandakan. Gereja ini diiktiraf sebagai sebuah tapak warisan dunia sejak tahun 2005.
  • Tokong Buddha Puu Jih Shih - tokong merah dan emas yang siap pada tahun 1987 ini menghadap pusat bandar.
  • Tokong Sam Sing Kung Temple - binaan yang siap pada tahun 1887 ini merupakan binaan yang tertua di Sandakan.
  • Masjid Sandakan - binaan yang siap pada tahun 1988 ini terletak berhampiran dengan teluk dan Kampung Buli Sim Sim.
  • Kampung Buli Sim Sim - kampung perikanan berkaki bajang di tapak asal pekan Sandakan.
  • Pasar Sandakan - antara pasar yang terbesar dan tersibuk di Sabah.
  • Taman Buaya - terletak 12 km (7.5 batu) dari Sandakan, menempatkan lebih 2,000 ekor reptilia ini dalam kolam konkrit.
  • Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary - tempat pemerhatian kera Bekantan untuk para pelancong yang hendak mendekati spesis kera ini di habitat semulajadinya.





Pulau Banggi

Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut KudatSabahMalaysia. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.
Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Puncak tertinggi bagi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sibumbung dengan ketinggian 529 meter. Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah pekan Karakit dan pekan ini menempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rest House (Rumah Rehat), Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, dan rumah-rumah para penduduk kampung. Penduduk pekan ini dianggarkan seramai 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah daripada suku kaum Ubian dan Dusun Bonggi. Terdapat juga kaum-kaum lain iaitu orang Βajau, Kagayan, dan Ѕuluk.
Dalam tahun 2003 anggaran penduduknya ialah 20,000. Pulau Sebogoh yang merupakan sebahagian pulau-pulau kecil Pulau Banggi merupakan pulau yang paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina.
Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek.
Cara pergi ke sana: Anda boleh menyewa bot laju atau bot pancung dari Teluk Marudu atau dari Kudat.



Pulau Lankayan

Pulau Lankayan adalah sebuah pulau resort batu karang tropika yang amat kecil yang berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri SabahMalaysia. Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan.

Pandangan Pulau Lankayan dari bot yang bergerak laju
Pulau Lankayan terdapat banyak spesies flora dan fauna. Di pulau ini, hanya terdapat satu sahaja resort peranginan yang dikenali sebagai, Lankayan Island Dive Resort, yang dibina pada tahun 1997. Apabila menyelam di laut yang terdapat di pulau ini, para penyelam pasti tertarik dengan hidupan marin makro yang pelbagai, selain terumbu karang hidup, dan kapal karam cekung. Pulau Lankayan juga cukup terkenal dengan kehadiran Yu paus.

Pandangan Pulau Lankayan dari tingkap pesawat
Diantara fauna marin yang mudah ditemui ada disekitar laut Pulau Lankayan ini adalah seperti scadsbarracuda ekor kuningjackyu blacktipkerang gergasiIkan anemone cakardecoratorketam labah-labahudang terumbu karangnudibranchudang gobiekuda lautikan paip hantugurnard terbang,ikan kakak tuaikan pari dan ikan gitar. Tumbuhan asli yang boleh ditemui pula adalah termasuk pokok kasuarina dan pandan pain berskru.
Kehadiran spesies penyu seperti Penyu hijau dan penyu hawksbill membuatkan pulau ini turut terkenal sebagai tapak pendaratan penyu bertelur di Laut Sulu. Setiap penyu yang mendarat di pulau ini akan ditandakan oleh pegawai pemeliharaan penyu yang bertugas, manakala telurnya akan diambil dan dikira selain dibuat kajian, telur yang telah siap di kira dan dikaji akan dimasukkan kedalam pusat jagaan telur penyu untuk ditanam kembali, dijaga daripada pemangsa dan pencuri. Telur penyu akan dibiarkan dieram secara semulajadi dan setiap telur yang berjaya ditetaskan akan dikira bilangan anak penyu sebelum dilepaskan semula ke laut terbuka secara selamat.


Pada 13 Oktober 2003, Pulau Lankayan diisytiharkan berada didalam Kawasan Perlindungan Marin Kepulauan Sugud (SIMCA). Sebagai salah satu dari pula-pulau yang terdapat dalam keanggotaan SIMCA, semua sumber yang diperolehi dari pulau dan lautnya seperti penangkapan ikan adalah dilarang dilakukan oleh sesiapa sahaja menurut arahan Kerajaan Negeri SabahMalaysia.



Ladang Teh Sabah
Ladang teh Sabah  terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota KinabaluSabah. Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid - Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring. Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Kawasan ladang teh ini dikelilingi dengan hutan rimba yang telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu. Selain itu, ladang teh ini juga berlatarbelakangkan gunung Kinabalu dan merupakan ladang teh organik tunggal di Malaysia serta menjadi pilihan di dunia.
Pada tahun 1976, Kerajaan Negeri Sabah telah mewartakan 6,200 ekar tanah, kg Nalapak kepada Koperasi Pembangunan Desa (KPD). Kemudian, pada 26 april 1978, ladang teh ini telah diperbadankan kepada Syarikat Sabah Tea Sdn Bhd dengan subsidi KPD bagi mengurus dan operasi peladangan teh ini.Perasmian Ladang telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada bulan 19 februari 1984.
Manakala pada tahun 1987, pengurusan Sabah Tea telah bersatu bersama dengan syarikat Tate & Lyle's dan Commonwealth Development Corporation yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan Kerajaan. Penyatuan Syarikat Tate & Lyle's ini dapat menyumbangkan kepada kerajaan dalam industri peladangan teh sebagai langkah daya saing dengan peladangan teh yang lain.
Namun begitu, pada tahun 1997, Yee Lee Corporation Bhd telah mengambil keseluruhan syer daripada Sabah Tea Sdn Bhd dan Desa Tea Sdn Bhd iaitu merupakan syarikat yang mempunyai besar merangkumi pengilangan, pengeksportan serta penjualan produk diperingkat tempatan dan antarabangsa.














No comments:

Post a Comment