alor 21st List

Monday, September 12, 2011

PAHANG

Gua Kota Gelanggi

Gua Kota Gelanggi merupakan tempat yang menarik untuk dilawati. Gua ini terletak di daerah Jerantut di negeri Pahang,Malaysia.Di dalam kompleks ini terdapat banyak gua, antaranya ialah Gua TongkatGua AnginGua Batu SandingGua Kota BalaiGua Penyu, dan Gua Kelawar. Apabila sampai di gua ini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang, di dalamnya terdapat alur air yang mengalir air jernih lagi sejuk.
Gua Kota Balai telah berlaku perubahan bentuk kerana suatu masa dahulu (sekitar 1970an) telah berlaku aktiviti penggalian dan pengambilan najis kelawar secara besar-besaran untuk dijadikan bajatanaman. Nama Gua Tangga diambil sempena tangga besi yang ada di situ. Tangga itu telah dibina oleh pengusaha yang mengambil tahi kelawar pada masa itu.
Perihal gua-gua ini ada disebut di dalam buku Sejarah Melayu dengan sebutan Kota Kelangkio. Dikatakan puteri Onangkio daripada Siam telah singgah di sini semasa mengikuti rombongan kePahang. Terdapat sebatang anak sungai berhampiran kawasan ini dinamakan Sungai Siam (Sungai Siang). Terdapat dakwaan lisan daripada penduduk setempat bahawa gua ini boleh dihubungkan dengan negeri Pantai Timur iaitu Terengganu atau Kelantan atau Siam. Dakwaan ini berpunca daripada hubungan dengan Siam dan juga perihal Pahlawan Mat Kilau yang berjaya lari ke Siam tanpa diketahui oleh orang ramai.
Gua Kota Gelanggi ini terletak berhampiran kampung Pulau Tawar iaitu tempat asal pahlawan Melayu Mat Kilau. Sebuah gugusan Felda yang berhampiran gua ini juga dinamakan Felda Gelanggi.
Keunikan gua ini telah menarik minat pengeluar filem Sumpah Semerah Padi untuk menjadikannya sebagai lokasi penggambaran filem tersebut. Rangkaian gua-gua di sini agak terancam dengan adanya usaha-usaha pihak tertentu membuka kuari berhampirannya bagi mengambil batu-batan. Bandar paling hampir ialah Jerantut dan Bandar Jengka.





Cameron Highlands

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Pengunjung boleh ke sini dari TapahPerak.Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh sampai ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.
Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf.
Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberiTumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.





Jerantut

Jerantut merupakan sebuah pekan di PahangMalaysia. Ia terletak kira-kira 200 km dari Kuala Lumpur dan 180 km dari Kuantan. Jerantut juga memiliki nama yang sama bagi daerahnya. Keluasan keseluruhan Jerantut ini adalah 7,563.46 km persegi dan merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang.
Berdasarkan cerita orang tua-tua bahawa asal usul perkataan "Jerantut" adalah berasal dari perkataan "Jeram" dan "Tut" yang diambil daripada nama orang "Awang Tut" yang sering mengail di kawasan jeram di tengah-tengah Sungai Pahang. Sebelum timbulnya perkataan "Jerantut" Pekan ini dipanggil "Simpang Empat" iaitu satu tempat dimana Jalan Keretapi dari Gemas ke Kota Baharu bersilang dengan jalanraya dari Kuala Lipis ke Kuantan. Mulai tahun 1914 nama "Simpang 4" ditukar kepada "Jerantut".

Jerantut menjadi pintu masuk kepada Taman Negara, taman nasional pertama di Malaysia. Terdapat sebuah taman semulajadi yang berhampiran boleh dikunjungi oleh pengunjung iaitu Taman Rimba Kenong.
Gua Kota Gelanggi terletak kira-kira 25 kilometer dari timur Jerantut. Kebanyakan gua-gua ini merupakan tapak arkeologi, tetapi beberapa gua kini telah dibuka kepada orang awam. Selain gua, tarikan pelancongan lain ialah Air Terjun Lata Meraung, Petempatan Orang AsliGunung TahanGunung Benom, dan Pusat Penyelidikan Rafflesia.
Taman Rimba Kenong merangkumi kawasan seluas 121 kilometer persegi di Lembah Kenong yang terletak di barat-daya Taman Negara.
Taman ini mengandungi beberapa buah gua batu kapur yang menakjubkan. Bunyi nyanyian burung dan deruan air terjun yang berdekatan memecahkan suasana tenang dan sunyi di sini.
Setiap gua batu kapur di sini terletak sejauh setengah jam perjalanan merentas hutan. Gua yang paling menarik ialah Gua Batu Tinggi yang menyerupai sebuah sampan tebuk. Sungai Kenong mengalir deras menerusi gua ini.
Masyarakat tempatan mempunyai cerita dongeng mengenai gua ini di mana menurut mereka gua ini dahulunya terbentuk apabila sebuah sampan yang membawa pengutus Raja dari Pekan bertukar menjadi batu. Gua ini terletak di aras antara 122 hingga 152 meter dari paras laut.
Pelawat boleh sampai ke Taman Rimba Kenong dari pekan Kuala Lipis. Pekan ini dihubungkan dengan Kuala Lumpur dan Singapura oleh laluan keretapi. Cara termudah untuk sampai ke Taman ini ialah dari stesen keretapi Batu 9.
Di sini, anda boleh menemui pelbagai jenis tumbuhan liar termasuk berjenis-jenis bunga orkid, pokok ara dan epiphytes.




Taman Negara Malaysia


Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².
Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu PahangTerengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untukKelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada 1939 untuk Pahang. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.
Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².
Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahanatau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimautenukgajahrusababi hutanpelanduk, dan seladangSungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.
Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.
Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.
Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisaikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.
Taman Negara adalah Kawasan Perlindungan rasmi yang pertama dan tertua di negara ini dan pada waktu dahulu dikenali sebagai King George V National Park.
Taman negara ini yang diisytiharkan secara rasminya oleh Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (sewaktu sambutan Jubli Perak King George) diwartakan bagi memelihara alam semulajadi kawasan ini. Taman ini dinamakan Taman Negara setelah negara mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.
Aktiviti paling popular di Taman Negara ialah bersampan di sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan Kanopi yang tedapat di sini juga sungguh menarik bagi memberikan pelawat pemandangan jarak dekat aktiviti haiwan dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan yang tinggi.
Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat untuk memerhati hidupan liar di sini. Pondok kecil yang dibina tinggi dari atas tanah membolehkan pelawat bermalam bagi memerhati hidupan liar di dalam habitat semulajadinya. Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot atau pun berjalan kaki.
Taman Negara adalah sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semulajadi di sini sangat menakjubkan dan menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling rumit dan kaya di dunia.
Keretapi Pintu masuk ke Taman Negara iaitu Kuala Tembeling yang dihubungkan dengan Kuala Lumpur, Singapura dan Kota Bharu (melalui Tumpat) oleh laluan keretapi. Keretapi dari stesen-stesen tersebut berhenti di Tembeling Halt, kira-kira setengah jam perjalanan dari jeti Kuala Tembeling dengan menaiki kereta.
Bot Pintu masuk utama untuk ke Taman Negara ialah menerusi Kuala Tembeling di mana pelawat boleh menaiki sampan yang bertolak pada pukul 9.00 pagi dan 3 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat apabila bot bertolak pada pukul 2.30 petang), dalam perjalanan yang memakan masa selama 3 jam menuju ke Kuala Tahan. Mutiara Taman Negara Resort juga menyediakan perkhidmatan bot laju yang cuma mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Kuala Tahan. Bot laju ini bertolak dari Kuala Tembeling pada pukul 10.30 pagi dan 1.30 petang setiap hari. Cara termudah untuk ke Taman Negara ialah sama ada melalui Jerantut di dalam perjalanan darat yang mengambil masa selama 3 jam dari Kuala Lumpur. Jika anda memandu kenderaan pacuan empat roda, anda boleh menggunakan jalan pembalakan hingga ke Kuala Tahan di mana anda perlu menaiki bot merentas Sungai Tahan untuk memasuki Taman Negara.
Bas atau Teksi Perkhidmatan teksi ke Jerantut boleh didapati dari Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur. Anda juga boleh menaiki bas ke Jerantut yang boleh didapati di Stesen Bas Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur. Dari Jerantut, anda boleh menaiki bas tempatan atau teksi untuk ke Kuala Tembeling.




Rompin

Rompin adalah sebuah daerah yang teletak di bahagian selatan negeri Pahang. Ia adalah daerah yang bersempadan dengan negeri Johor. Antara lokasi berdekatan ialah EndauMersing , Nenasi dan Kuantan.
Dikatakan pada satu ketika dahulu di daerah ini terdapat sebatang Pokok Ru. Pokok ru ini unik berbanding dengan pokok-pokok ru lain yang hidup melata disini kerana bentuknya yang ramping.Mengikut cerita ukurlilit pokok tersebut boleh memuat seramai 40 orang untuk makan bersama. Pada awalnya orang memanggil nama tempat ini sebagai rhu ramping, dan lama-kelamaan nama tempat ini berubah menjadi rumpin dan rompin.

Rompin terletak di tepi pantai , menghadap Laut China Selatan yang terbentang luas. OIeh itu Rompin merupakan destinasi memancing yang terkenal. Ini adalah kerana Rompin adalah satu kawasan perairan yang memiliki banyak lubuk dan kawasan tumpuan ikan yang amat popular. Antara spesis ikan yang amat popular ialah ikan layaran , sejenis hidupan yang sering menjadi tumpuan kaki pancing kerana kesukaran untuk mendapatkannya.Oleh kerana Rompin adalah satu destinasi ikan layaran, jadi setiap tahun acara billfish dan pertandingan memancing sering diadakan di daerah ini.
Selain daripada itu, Rompin juga amat terkenal dengan kawasan yang banyak mempunyai spesies udang galah kerana Rompin adalah habitatnya. Bagi penggemar-penggemar makanan sungai dan laut terutamanya penggemar udang galah, anda telah memilih satu lokasi yang benar-benar sesuai untuk merasai keenakan masakan udang galah disini. Terdapat banyak kedai-kedai makan yang menyajikan hidangan masakan udang galah dengan pelbagai jenis masakan. Udang galah di Rompin biasanya ditangkap di kawasan Sungai Rompin dan tempat pemasarannya ialah di kawasan kampung Leban Chondong, Rompin.
Taman Negara Endau-Rompin terletak di daerah Rompin iaitu di hulu Sungai Endau dan Sungai Rompin. Terdapat pelbagai flora dan fauna di Taman Negara Endau-Rompin ini. Untuk pergi ke kawasan taman negeri ini, bagi yang melalui jalan dari bandar rompin, mereka haruslah melalui jalan ke mersing Johor dan memasuki simpang sepayang rompin. Jaraknya dari simpang sepayang adalah dalam lingkungan 40km.
Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya dilegeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.
Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruingmerantipaku-pakisperiuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.
Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimaugajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.
Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.
Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.
Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.
Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.






Pulau Tioman 

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri JohorPulau Tiomansebenarnya terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing,JohorMersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung GemokKuala Rompin di Pahang.

Jumlah pelancong sebulan antara 800-1200 orang pada tahun 1998. Pelancong datang dari JermanPerancisItaliEnglandSingapura dan lain-lain negara. Dalam setahun, 10,000 - 50,000 pelancong datang ke pulau ini. Pada tahun (2009) angaran pelancong yang berkunjung ke pulau ini meningkat. Jumlah pelancong sebulan mencecah 30,000 - 50,000 orang sebulan. Kebanyakan pelacong yang datang ke pulau ini berasal dari eropah. Tempat yang menjadi tumpuan ramai utk dikunjungi ialah Kg.Salang. Antara resort popular di Kampung Salang Salang Pusaka ResortSalang Sayang Resort & Salang Indah Tioman, kebanyakkan resort diusahakan oleh penduduk Kampung Salang sendiri.
Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkanTasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.
Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.
Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.[1]
Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara.
Terdapat 8 buah pulau dalam gugusan Pulau Tioman. Pulau Tioman adalah pulau yang terbesar. Antara pulau-pulau yang berdekatan dengan Pulau Tioman ialah :

Pada tahun 1987, terdapat 1564 orang penduduk. Bilangan rumah di sini ialah sebanyak 285 buah. Antara 1989 hingga 1990, penduduk Pulau Tioman ialah seramai 1500 orang. Kampung Tekek mempunyai penduduk yang paling ramai dengan bilangan penduduk sekitar 600 orang. Rumah mereka dibina di tepi-tepi pantai kerana hanya bahagian pantai sahaja merupakan kawasan datar. Rumah mereka menghadap laut dan menerima hembusan bayu dari laut.
Penduduk Pulau Tioman sangat ramah tetapi keramahan mereka lebih terasa. Apa yang dikatakan oleh kebanyakkan pelancong yang datang ke sini ialah betul. Pelancong asing dan tempatan turut merasakannya. Mereka menyapa pelancong yang lalu lalang.
Seorang pelancong Jerman menyatakan bahawa telah banyak pulau-pulau di seluruh dunia telah dikunjunginya, tetapi Pulau Tioman adalah pulau yang tercantik dan menarik.
Penduduk di Pulau Tioman jarang pergi ke tanah daratan. Ini mungkin kerana tambang agak mahal untuk selalu pergi ke Mersing. Seorang perempuan di sini menyatakan, dia hanya 3 bulan sekali pergi ke Mersing. Tambang untuk penduduk tempatan sebenarnya lebih murah.
Bahasa penduduk Tioman ialah bahasa Melayu pulau. Mereka cenderung kepada dialek Kelantan lawan bahasa Darat. Ramai juga yang telah menguasai bahasa Inggeris kerana bahasa ini amat diperlukan oleh para pelancong asing. Menu di restoran-restoran di sini ialah dalam Bahasa Inggeris. Begitu banyak restoran dan gerai di Pulau Tioman kerana kebanyakannya dibuka pada sebelah petang dan malam.
Akibat daripada ramainya pelancong yang datang, budaya anak-anak tempatan sedikit sebanyak turut berubah. Ada pemuda yang menukar nama menjadi Michael atau Joseph. Ada 2-3 pemuda yang berkahwin dengan wanita Inggeris dan kemudian berhijrah ke Eropah. Ini menunjukkan berlaku kejutan budaya yang mendadak di Pulau Tioman.
Pelancong yang hendak datang ke sini bolehlah menginap di hotel atau di chalet. Antaranya ialah Tioman Island Resort.
Di Pulau Tioman terdapat sistem tadahan air hujan semulajadi dimana di gunakan di beberapa buah kg di sana. Kebanyakkan rumah menggunakan air bukit untuk kegunaan harian. erdapat juga beberapa batang anak sungai.
Musim tengkujuh merupakan musim senyap. Ombak tinggi pula datang dari Laut China Selatan. Tiada aktiviti pelancongan pada bulan Disember, Januari, dan Februari. Ombaknya mencapai ketinggian 5 meter dan boleh menenggelamkan bot.







No comments:

Post a Comment