alor 21st List

Monday, September 12, 2011

PERAK

 Teluk Intan 

Menara Jam Condong Teluk intan

Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.
Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.
Pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.


Batu Bertenggek

Batu bertenggek merupakan seketul batu besar, sebesar kereta Kancil yang diletakkan atas binaan lain berhadapan dengan bangunan SKOMK . Batu bertenggek ini merupakan Tugu Peringatan bagi perajurit yang terkorban dalam masa Perang Dunia Kedua.


Lapangan Terbang Jendrata

Satu satunya lapangan terbang di Teluk Intan. Lapangan terbang persendirian ini terletak di ladang Jenderata.




Bukit Tunggal


Bukit Tunggal terletak di Kampung Gajah , Perak iaitu di jalan Tanjung Tualang.
Bukit Tunggal mendapat namanya kerana bukit ini adalah satu-satunya gunung atau bukit yang wujud di sini. Bukit Tunggal adalah sumber untuk mendapatkan tanah merah bagi pembinaan jalan-jalan kampung seperti ke Kampung Air Mati dan ke Seberang Perak satu ketika dahulu. Batu kelikir terpaksa diangkut dari sekitar Bidor dan Manjung .
Di atas Bukit Tunggal terletak beberapa kolam air bagi mebekalkan air kepada seluruh penduduk Kampung Gajah. Sebatang jalan telah dibina ke kolam air ini. Dari sini, ramai pendaki meneruskan pendakian ke puncak. Bukit ini tidaklah tinggi, sekitar 1 jam perjalanan sahaja. Ramai peajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela menjadikan tempat ini sebagai aktiviti riadah.
Bukit Tunggal dipopularkan sebagai destinasi perlancongan semasa pentadbiran Menteri Perak , Tan Seri Ramli bin Ngah Talib. Acara Larian Bukit Tunggal diadakan pada bulan November atau Disember iaitu pada musim cuti persekolahan setiap tahun. Para peserta datang dari seluruh negara.
Seorang mahaguru ghaib bernama Tok Tepok dikatakan pernah menghuni Bukit TunggalTok Tepok akan mengajar silat kepada sesiapa yang berhajat. Bukan semua boleh menemui Tok Tepok. Antara murid terkenal mahaguru Tok Tepok ialah Datuk Mahaguru Ibrahim Mohd Zain.



Gua Tempurung

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di GopengPerak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.Gopeng, Perak
Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.
Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung.
Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram.
Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.
Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.




Zoo Taiping

Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai.
Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada harimausinga,gajahbadak airzirafahenggangorang utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti harimau belang, singa, siamangrusanilgaiburung kuak dan banyak lagi.
Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian. Pembukaan night safari dipercayai oleh pihak pengurusannya menjadi satu daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia. Pada 1 Mac 2003, ia telah dibuka dan beroperasi. Waktu operasi untuk night safari bermula dari jam 8.00 malam hingga ke 11.00 malam, (hari Isnin - Jumaat) dan 8.00 malam hingga ke 12.00 malam (Sabtu).

Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut(Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.
Zoo Taiping merupakan zoo awam pertama yang dibuka di Malaysia. Zoo yang tertua di Malaysia ini seluas 34 ekar mempamerkan orang utan, harimau Malaysia, Siamang, dan banyak lagi haiwan lain dalam kurungan terbuka dengan persekitaran semulajadi.







Lumut

Lumut merupakan bandar tepi laut yang menghadap Selat Dinding dan Selat Melaka di negeri Perak. Lokasi bandar ini bersetentangan dengan Pulau Pangkor dan dikenali ramai sebagai pintu masuk ke pulau tersebut. Sebuah pelabuhan atau pangkalan dibina di Lumut bagi kemudahan sesiapa yang ingin berkunjung ke Pulau Pangkor.
Lumut berada di bawah pentadbiran daerah Manjong yang merupakan nama baru bagi daerah Dinding. Bandar ini terletak kira-kira 84 km ke selatan bandaraya Ipoh, ibu negeri Perak.

Lumut yang dahulunya dikenali sebagai "Tanah Merah" telah dibuka oleh seorang anak raja Selangor yang bernama Raja Engku Busu pada abad ke-17.
Selepas beberapa tahun membuka Lumut, baginda serta pengikutnya telah diserang oleh lanun. Dengan demikian, Tanah Merah tinggal terbiar tidak didiami orang. Sungguhpun makam baginda tidak diketahui, tetapi namanya masih tinggal menjadi kenangan, yakni Bukit Engku Busu yang terletaknya di belakang bandar Lumut.
Lumut merupakan sebuah lokasi yang strategik dari segi maritim. Di sini ada:





Pulau Pangkor

Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:-

Kubu Belanda
  1. Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing.Kota Belanda
  2. Batu bersurat
  3. Pantai Puteri Dewi
  4. Pantai Pasir Bogak
  5. Teluk Nipah
Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.








Tambun

Tambun terletak berdekatan dengan bandar IpohPerakMalaysia. Kawasan ini merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang kini menjadi kawasan perdagangan, perniagaan dan perindustrian serta perlancongan yang penting di Perak. Bandar baru Tambun dibina sekitar tahun 1990. Bandar Baru Tambun terletak berdekatan dengan , Taman Canning, Ipoh Garden, Jalan Tambun, Jalan Harimau (Tiger Lane), Hospital Pantai Putri, Jaya Jusco dan pasar hiper Tesco. Jalan Tambun menghubungkan bandar Ipoh dengan Tanjung Rambutan dan Ulu Kinta. Di sebelahnya ialah Taman Perpaduan. Di sini juga terletaknya Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman , Batu Arang (STAR), Institut Penyelidikan Haiwan yang terbesar di Asia Tenggara, Pusat Latihan dan Penyelidikan Penyakit Ayam ASEAN, Mes Pegawai Kanan Polis dan Lain-lain.
Antara lokasi yang menarik di sini ialah Muzium GeologiGua Tambun dan pusat rekreasi Lost World of Tambun. Di sini juga terdapatnya kem tentera iaitu Kem Syed Putra.
Lost World of Tambun ialah sebuah taman tema di bawah pengurusan Sunway Company atau Sunway City. Ia terletak di Tambun, Perak berhampiran bandar Ipoh. Perbelanjaan bagi membina taman tema ini dianggarkan berjumlah RM60 juta serta merupakan taman semula jadi terbesar di Malaysia.

Gua Tambun terletak di bawasan bukit-bukit batu kapur di bandar raya Ipoh, Perak, Malaysia. Gua Tambun ini terdapat lukisan-lukisan purba Zaman Neolitik berusia 3000 tahun seperti gambar aktiviti perburuan binatang menggunakan lembing. Motif ini termasuklah orang Asli purba, rusapelandukkura-kura dan dugong. Motif dipercayai dugong atau serangga hutan ini menimbulkan kesangsian ramai pihak. Gua ini berdekatan dengan Kem Syed Putra, Tambun, Ipoh.
Gua ini asalnya tidak mendapat jagaan dan perhatian rapi daripada pihak arkeologi. Dikatakan pada 1959, Leftenan R. L. Rawlings dalam rondaan pada zaman darurat telah menjumpai lukisan-lukisan purba tidak ternilai ini. Beberapa batu gantung tajam (stalaktit) telah jatuh dan runtuh dan merosakkan sebahagian bahan purba ini. Oleh itu rupa bentuk gua telah tidak ada lagi.





Ipoh

Ipoh ialah sebuah bandar raya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala LumpurGeorgetown, dan Johor Bahru. Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Dato Roshidi Hashim.
Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.
Kini, "Ipoh" telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh. Secara sejarahnya, "Ipoh" terbahagi kepada Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya.

Tokong Gua
Sepanjang Jalan Gopeng, kelihatan banyak tokong-tokong gua yang merupakan kebangaan Ipoh. Nam Tin Tong, Koon Yam Tong, Sam Poh Tong, Ling Sen Tong merupakan antara tokong-tokong ternama di situ. Dinding gua dihiasi dengan pelbagai lukisan dan kaligrafi Cina yang berunsurkan agama Tao dan Buddha. Do Jalan Kuala Kangsar pula tokong gua yang paling popular adalah Perak Tong.
Tokong Paloh Ku Miew
Paloh Ku Miew ialah tokong tertua di Ipoh, yang menyembah Tai Pak Koong, dewa tempatan yang melindungi kaum Cina apabila mereka mula-mula menetap di Ipoh. Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin, seorang pelombong yang sangat terkenal pada masa itu. Tokong ini dapat dilihat daripada jambatan Hugh Low Street (Jalan Sultan Iskandar) yang memisahkan pekan baru dengan pekan lama Ipoh.
Masjid Panglima Kinta
Masjid ini dibina oleh Dato Panglima Kinta. Masjid ini terletak di pekan baru Ipoh. Masjid ini juga dijadikan sebagai Masjid Negeri bagi umat Islam bersembahyang dan melakukan Ibadah. Masjid ini terletak di jalan yang sama dengan kedai keranda
Taman Dr Seenivasagam
Taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini merupakan salah satu taman yang lama dibina di Ipoh , sesuai untuk pengunjung melepaskan lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini, kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai replika taman diluar negara, iaitu Taman Jepun yang hanya terletak bersebelahan dengan pintu masuk utamanya.





No comments:

Post a Comment