alor 21st List

Monday, September 12, 2011

PULAU PINANG

Georgetown
Georgetown adalah ibu negeri Pulau PinangMalaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light, Georgetown adalah bandaraya yang ketiga terbesar di Malaysia dengan bilangan penduduk melebihi 500,000 orang; zon metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau PinangSeberang Perai, selatan Kedah dan utara Perak mempunyai penduduk melebihi 2,000,000 .Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandaraya tertua di Malaysia selepas Ratu Elizabeth II memberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957.
Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang , Malaysia.Georgetown terletak di timur laut Pulau Pinang, dan merupakan sebuah tanjung yang dipisahkan dengan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia oleh Selat Utara. Di bahagian barat Georgetown terdapat kawasan berbukit, di mana terletaknya Bukit Bendera, puncak tertinggi di Pulau Pinang. Di bahagian utara pula terdapat pantai-pantai berpasir seperti Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi.










Bayan Lepas
Bayan Lepas merupakan sebuah bandar di Pulau PinangMalaysiaLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang terletak di Bayan Lepas. Bayan Lepas menjadi hub perindustrian Pulau Pinang, menjadi Zon Bebas Perindustrian, di mana kilang-kilang kepunyaan syarikat antarabangsa turut terletak di sini. Menara SUNTECH terletak di sini. Pusat membeli-belah terpanjang dan terbesar di Pulau Pinang, Queensbay MallKompleks Bukit Jambul, dan Giant Hypermarket juga terdapat di sini. Bayan Lepas boleh dihubungkan ke bandar melalui Lebuhraya Bayan LepasTokong Ular terletak di sini. Populasi penduduk di Bayan Lepas mencecah 141,000 orang. Bayan Lepas sekarang memperoleh pembangunan yang pesat di Pulau Pinang. Terdapat banyak kondominium baru, tapak perumahan secara terkini berada dalam pembinaan di kawasan ini.

Queensbay Mall ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di Pulau PinangMalaysia. Queensbay Mall terletak di tengah kawasan pemajuan Queensbay, dahulunya dikenali sebagai Bayan Bay sebelum tergendala ketika krisis kewangan Asia. Pada masa itu, pusat beli-belah ini bernama Bayan World Megamall. Kini, Queensbay Mall merupakan pusat beli-belah terbesar di bahagian utara Malaysia. Namun, gelaran pusat beli-belah terbesar itu bakal diambil alih oleh Central Mall di Seberang Perai.
Queensbay Mall dibuka pada 1 Disember 2006 sungguhpun diselubungi khabar angin penjalanan kerja-kerja kurang bermutu agar sempat dibuka menjelang perayaan Krismas. Di sinilah penglibatan kedua rangkaian gedung serbaneka JUSCO di bahagian utara selepas Kinta City di Ipoh.
Queensbay Mall mempunyai 5 tingkat kedai runcit dan 8 tingkat letak kereta, JUSCO sebagai pegnhuni utama, 17 penghuni utama junior dan lebih 500 peruncit lain.




Air Itam

Air Itam merupakan kawasan bandar perumahan di bahagian tengah pulau , Pulau PinangMalaysia. Kawasan Air Itam meliputi Bukit Bendera , Jalan Masjid Negeri, Jalan Padang Tembak(Boundary), Jalan Kampung Pisang, Kampung Melayu, Paya Terubong, Dhoby Ghaut dan Farlim, semuanya merupakan kawasan perumahan seperti banglo, apartment, kondominium, rumah kedai, rumah pangsa, rumah teres dan rumah Kampung. Poskod bagi kawasan Air Itam ialah 11400 dan 11500.
Masjid Negeri Pulau Pinang dan Kuil Buddha terbesar iaitu Kuil Kek Lok Si atau Pagoda terletak di Air Itam.
Bandar Baru seperti di Farlim dan Paya Terubong mempunyai bank , pejabat kerajaan dan swasta, restoran, farmasi dan cyber cafe. Beberapa Pasaraya seperti Sunshine, Econsave, dan Billion bertempat di sini.
Empangan Air Itam atau Air Itam Dam merupakan tempat reakrasi selain kawasan empangan air yang terletak di sini.
Populasi penduduk di Air Itam majoritinya ialah kaum Cina, diikuti Melayu, India dan lain lain. Perjalanan dari Bandar Air Itam ke Bandar Georgetown mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit dan 30 minit dengan menaiki bas awam, Rapid Penang.
Disebabkan lokasi Air Itam berada di tengah, jadi tidak menjadi masalah untuk penduduk bergerak ke bandar utama Georgetown dengan menggunakan satu jalan sehala sama ada menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam.

Masjid Negeri Pulau Pinang adalah masjid negeri bagi negeri Pulau Pinang. Dibina pada tahun 1979, ia terletak di Daerah Timur Laut. Masjid Negeri ditadbir oleh seorang Pegawai Hal Ehwal Islam dengan dibantu oleh pegawai-pegawai masjid dan kakitangan yang dilantik oleh pihak kerajaan.
Telefon +60-4-827-1057 Faks +60-4-827-9908
Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.
Pembinaan masjid ini diilhamkan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri Malaysia, awal tahun 1968. Peranan aktif Y.T.M. di dalam meninggikan syiar Islam seperti mempeloporkan musabaqah membaca Al-Quran dalam tahun 1960, pembinaan masjid Negara pada tahun 1965 dan mengadakan berbagai-bagai rancangan dakwah Islamiah tidak dapat disangkal oleh segenap lapisan kaum muslimin di Malaysia malah di seluruh dunia. Untuk memenuhi hasrat gigih umat Islam di Pulau Pinang, Y.T.M. Tunku telah mengesyorkan sebuah Masjid Negeri perlu didirikan di negeri ini dengan jaminan sebanyak sejuta ringgit sebagai bantuan dari Kerajaan Persekutuan. Cadangan tersebut disambut baik oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Lim Chong Eu. Ia juga disokong dengan sepenuhnya oleh Allahyarham Tun Syed Sheh Shahbudin dan Allahyarham Tun Datuk Syed Sheh Al-Haj bin Syed Hassan Barakbah, bekas T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang. Cadangan pembinaan itu juga diperkenan dan direstui oleh kebawah D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong selaku Ketua Agama bagi negeri Pulau Pinang.
Kuil Kek Lok Si di Pulau Pinang yang dibina pada tahun 1890, merupakan kuil agama Buddha yang terbesar di Pulau Pinang dan di Asia Tenggara. Daya tarikan utama di kuil Kek Lok Si adalah patung Dewa Kuan Yin yang besar. Selain daripada biara, terdapat pagoda setinggi tujuh tingkat yang mempamerkan 10,000 imej Buddha. Kuil Kek Lok Si turut memiliki banyak patung dewa-dewa dan laman yang mempunyai kolam besar yang dipenuhi kura-kura dan ikan kap.
Kuil Kek Lok Si yang terletak di Ayer Itam merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Pinang. Kuil Kek Lok Si ini tersergam di bandar Ayer Itam dan dianggap Kuil Buddha terbesar dan tercantik di Asia Tenggara. Pagoda utamanya yang dikenali sebagai pagoda Sepuluh Ribu Buddha terdiri daripada tujuh tingkat yang menggabungkan asas oktagon Cina dengan tingkat tengah reka bentuk Thailand dan puncak seni bina Burma.
Kuil yang berukir indah ini memakan masa 20 tahun untuk dibina dan berkembang secara berterusan. Ia memiliki himpunan tempat menyembah, ukiran, taman dan kolam kura-kura.
Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeriKedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia.
Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas Georgetown, puncak Bukit Bendera (Bahasa InggerisPenang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.
Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, seta Masjid Muslim di puncaknya.
Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.
Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.






Balik Pulau

Balik Pulau merupakan sebuah bandar yang terletak di barat Pulau PinangMalaysia.Balik Pulau terkenal dengan buah durian dan buah pala ditanam oleh peladang Cina dan orang Melayu. Durian di sini sedap dan berbuah cantik kerana buahnya diikat dengan tali bergayutan rendah di atas pokok. Balik Pulau juga terkenal sebagai "The Village Behind The Island". Ini kerana ia juga merupakan namanya jika diterjemahkan dalam bahasa Inggeris.
Dari segi kegiatan penduduk setempat,terdapat beberapa bentuk pekerjaan yang dilakukan.Penanaman padi merupakan antara kegiatan penduduk di sini. Selain itu ada juga di antara mereka yang menjadi nelayan.Jeti yang biasa digunakan untuk memunggah ikan ialah jeti Pulau Betung dan jeti Jalan Bahru.Di Balik Pulau terdapat ladang kelapa sawit yang terletak di Permatang Pasir dan jugaKuala Sungai Pinang.Ada juga diantara penduduknya yang mengerjakan kebun memandangkan Balik Pulau terkenal dengan buah duriannya dan buah-buahan lain seperti rambutan dan manggis.Selain itu,terdapat perusahaan Industri Kecil dan Kederhana(IKS) yang mengeluarkan makanan ringan seperti kerepek,maruku dan perusahaan belacan. Disamping itu terdapat kilang memproses mee,koey teow dan makanan yang berasaskan soya dan tepung.Disini juga terdapat kilang batik iaitu di Sungai Rusa dan Jalan Bahru.Tidak ketinggalan banyak kedai makan yang diusahakan oleh penduduk tempatan terutamanya di Jalan Bahru dan Sungai Burung. Kegiatan-kegiatan ini merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk di sini.

Balik Pulau terletak di belakang Bukit Bendera dan mengadap Lautan Hindi dan Selat Melaka. Oleh itu ia terdedah kepada obak besar seperti tsunami 2004. Pekan ini agak terpencil dan lambat membangun berbanding dengan bandar Georgetown.Jalan perhubungan hanyalah jalan raya dan bot nelayan. Jalan raya dari Bayan Lepas di selatan dan dari Teluk Bahang di utara. Jalan tengah dari Relau. Jalan raya ini terpaksa mengelilingi kawasan berbukit-bukit seperti di ar terjun Titi Kerawang. Dari atas bukit anda dapat melihat kawasan Balik Pulau yang landai di tepi pantai.
Antara kampung yang terdapat di Balik Pulau ialah Kampung Batu Putih , Kampung Batu Kecil , Kampung Sungai Pinang , Kampung Sungai Rusa ,Kampung Permatang Pasir, Kampung Pokok Manggis , Kampung Titi Teras , Kampung Permatang Tengah, Kampung Sungai Burung , Kampung Terang , Kampung Perlis , Kampung Genting, Kampung Genting Dalam, Kampung Shee Tan , Kampung Paya Simpang Empat Genting,Kampung Pagar Buluh , Kampung Masjid , Kampung Baruh ,Kampung Seronok dan Kampung Binjai.
Secara keseluruhannya kawasan di sini menghijau kerana dijadikan hutan simpan. Antaranya ialah Hutan Simpan Bukit GemuruhHutan Simpan Bukit Genting Hutan Simpan Pantai Aceh dan Hutan Simpan Teluk Bahang.



Batu Feringgi 
Batu Feringgi (Bahasa InggerisForeigner’s Rock) adalah sebuah kawasan peranginan yang terkenal dengan hotel besar, kedai pelancongan, tempat peranginan, restoran dan pejabat penyewaan kereta dan motosikal. Ia terletak tidak jauh dari pusat bandar Georgetown.
Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa, merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang.
Pantai Batu Feringgi juga telah dilanda ombak besar tsunami sewaktu berlakunya tragedi Gempa bumi 26 Disember 2004.



No comments:

Post a Comment